Dua Bulan Lagi

Hmmm.. Apa yang dua bulan je lagi tu? Leen dan kawan-kawan cuma hanya ada masa lebih kurang dua bulan je lagi untuk belajar kat UniSZA nie. Sekarang ni kan dah nak habis bulan Januari, bulan Februari pun ade 28hari je this year... pastu penghujung bulan Mac kitorang dah final exam. Tambah lagi last sem nie kitorang cuma ada 4 subjek sahaja.. Di ulangi 4 subjek sahaja! (haha..saje nak bagi jeles kat member2 course lain yg kene ambik lebih dari 4 subjek for their final sem)

Sejujurnya, Leen memang dah lama menantikan saat-saat ini. Tak sabar nak keluar dari U, tak sabar nak habis belajar. Tapi, dalam masa yang sama ada juga terasa berat untuk melangkah kaki pergi dari sini. First of all, mmg Leen tak suka study kat sini semata-mata hanya kerana U ni jauh sangat dari rumah family ! (ok..mesti korang fikir Leen ni anak manja.) Namun, lama-kelamaan, satu demi satu memori tercipta. ** tetiber dengar lagu Memori Tercipta by Shylla Amzah**

3 tahun menuntut ilmu di tempat orang (nak kata perantau lah sangat..ini semua poyo! haha).. macam2 yg Leen belajar. Ramai orang yg Leen kenal. Kenangan tak payah cakap lah. Kenangan manis, masam, pahit, tawar, tiga rasa..(mcm makanan lah pulak) .. semua dilalui kat sini.

Setiap permulaan,pasti ada pengakhiran. Ya. Itu sudah pasti. Macam yg abg Weng pernah ckp masa dia tamat belajar dulu.. "setiap pertemuan ada perpisahan" (sedih seketika).. Apakan daya, takkan nak duduk kat sini sampai bila2 kan? haha.. melampau la tu.

Perjalanan harus diteruskan walau terpaksa berpisah dengan orang-orang yg kita syg. Perjalanan hidup takkan terhenti meskipun kita harus berpisah dengan kenangan dan memori yg telah tercipta. Malah, kita perlu mengorak langkah ke hadapan untuk mencipta kenangan baru yg lebih indah. tapi ingat! Tak semestinya kenangan baru itu hanya akan tercipta dengan orang baru. Boleh jadi kita cipta kenangan baru bersama mereka yg dulu pernah bersama kita. Cuma kali ini lbh bermakna.. ( kira mcm buat inovasi sikit la.. hehehe)

So,kalau nak tahu apakah bakal terjadi di pengakhiran kisah LeeNoraimy di UniSZA.. Teruskan setia dan nantikan blog yg akan di update seusai sahaja Leen menamatkan pengajian dgn selamat (skrg x boleh la. Exam pun tak start lg..kihkihkih)... InsyaAllah..

Sampai ketemu di blog entry seterusnya... Sayonara! (^__^)

Popular Posts