SLIP MASUK DEWAN SPM HILANG ???

Assalamualaikum... Konnichiwa.. Annyonghaseyo..

SPM ? Leen ? What ? Berapa dah umur kau ? Hahaha...
Rilek.. Kali ini bukan cerita pasal Leen.. Ini pasal wa punya adik la.. Lu apa tau ~ haha

Ok, al-kisah semalam.. Masa adik Leen tengah bersiap-siap untuk persediaan SPM keesokan harinya tu.. Dia baru perasan yg slip untuk masuk dewan exam tu HILANG ! Diulangi.. HILANG !

Bukan dia je gelabah.. Leen pun gelabah ! Eheh.. Mana taknya, time Leen SPM dulu... Kad pengenalan dan slip tu amatlah dijaga rapi. Haishhh.. Memang geram lah dengan adik Leen ni. Tak tahu mcm mana dia boleh cuai smpai hilang slip. Nasib baik IC tak hilang.

Cari punya cari.. Tak jumpa jugak ! Ah sudah.. Tengok jam.. Dah pukul 11 malam. Esok dia exam pukul 8 pagi. Adik Leen dah menangis dah.. Dalam hati Leen " Padan muka hang ! Cuai sangat sapa suruh ! " ** Jgn tiru perangai sy ini.. hahahaha **

Dalam sakit-sakit hati tu.. kesian jugak kat dia..Dah menangis sedu-sedu dah..hehe.. Memang la esok pagi blh je bgtahu kat pengawas peperiksaan n cikgu yg bertugas.. Bukannya tak boleh masuk exam disebabkan slip tu.. TAK LOGIK ! hahaha..

Leen ambik handphone.. On WhatsApp... cari number tepon cikgu ( Nasib baik la leen ni pelajar yg prihatin... Masih simpan nombor tepon cikgu..oppss..puji diri sendiri lak ) .. Mula-mula takut gak nak ganggu cikgu malam-malam buta.. Tapi, terperasan yg WhatsApp cikgu tu last seen on 11pm.. Apa lagi.. maknanya cikgu tak tidur lagi la kan ~ Terus dengan tak malunya bertanya ..

Akhirnya,. cikgu kata.. "Bagitahu adik awak.. tak payah risau.. rilek sudah.. setiausaha pengawas peperiksaan n cikgu bertugas ada simpan salinan slip setiap pelajar" ~~ Leen punyalah lega.. terus bgtau adik.. Dan tgk dia tidor pown dengan muka tenang.. ehehe..


p/s : U know what ?? Balik sekolah.. dia bgtahu.. sebenarnya dia TERTINGGAL slip tu atas meja.. Lepas exam PSV.. lepas kemas-kemas, dia tak perasan slip tu tertinggal.. nasib baik pengawas peperiksaan jumpa.. Aishh... CUAI betul adik wa ni.. pastu nangis ! Lepuk kunk baru tahu ...Kepada adik2 yg ambik SPM tu.. Silalah prihatin dan sentiasa jaga IC & slip tu.. jangan sampai hilang.. Susah hati nnti, tak dapat jawab exam dgn tenang.

Popular Posts