Karya Suka Hati

Cubaan.. 1.. 2.. 3..
3..2.. 1

Ok.
Mintak izin untuk berkata
Tak nak madah tak nak pujangga
Cuma dah lama aku nak kata
Perangai segelintir manusia

Tunjuk lagak berani mati
Lancang bersuara suka hati
Konon luahan dari hati
Semua tak puas hati
Ekh sedarlah diri
Adab budi mana pekerti ?

Bukan nak kata aku budak bagus
Tak kata pun budi pekerti ku halus
Cuma aku sedar langit tu tinggi
Tak guna nak hidung tinggi

Bukan dengki
Sikit pun tak iri hati
Tapi aku cuma simpati

Style budak baru nak naik
Tak reti fikir mana buruk mana baik
Asal boleh je nama kau naik
Tak pikir ke apa bakal jadi esok dik ?

Kerana mulut badan binasa
Jangan dabik dada belum tahu hari muka
Siapa tahu esok lusa
Jatuh terduduk ditimpa tangga
Baru nak tahu padan muka.









written by : Leenoraimy



Popular Posts