3 Komen Tipikal Masyarakat Malaysia Terhadap K-Pop

Salam sejahtera.. Salam 1 Malaysia.. Annyeong !

Sebenarnya Kak Leen ada banyak kerja yang perlu diselesaikan.. Tapi, curi masa kejap untuk taip entry kali ni sebab nak release stress.. hahaha..

Ok.. tajuk kali ni berkenaan pandangan tipikal 90% masyarakat kita terhadap Kpop. Kita semua tahu sekarang ni Kpop memang tengah meletop letop kebabom kat pasaran satu dunia. Even artis barat pun collaborate dengan artis Kpop kowt .. So, muzik Kpop ni bukan stakat muzik "budak-budak" la maknanya kan ? 

TETAPI... kat Malaysia ni tak semua boleh terima kehadiran muzik Kpop ni.. Ada juga yg mencela & merendah-rendahkan para penggemar muzik dari negara Korea Selatan ini. Kalau artis Kpop datang Malaysia buat konsert, mulalah ustaz & ustazah segera di media sosial melemparkan hujah2 bernas mereka.. ecewaahh.. Terima kasih buat mereka yg selalu ambil berat terhadap apa yang berlaku dalam masyarakat.. Kami faham anda ingin mendidik & menegur, cuma kadangkala mereka punya cara selalu menyebabkan teguran itu sebagai punca perbalahan di akhirnya. Adesss.. 


Ok, takpelah.. yang tu kita tolak tepi.. sebab masing2 salah.. masing2 lah fikir ya.. Kat sini akak nak share komen-komen tipikal yang selalu orang kita lemparkan kepada Kpop fans seperti hakak ni.. dan usually akak ada juga menjawab persoalan tu dengan nada bersahaja & tidak melenting pun... LOL

  • Kpop tu ape benda yang best sangat ? Terkinja-kinja menari. Suara ke laut.
    - Dulu.. dulu Kak Leen pun fikir macam tu.. Tapi, bila dah "masuk" ke dunia Kpop tu sendiri.. Laa... dorang dok menari lompat sana sini tu tapi suara live kowt ! Pitching terkucil ? Come on.. Artis kita yang nyanyi lagu balada... diri tegak ala2 Negaraku pun kadangkala terkucil juga ( tak semua ya.. artis Malaysia masih ada yang berbakat besar mcm Shila Amzah.. Faizal Tahir dan of course Dato CT ! )
     Jadi, acceptable lah kan klu lagu Kpop yg fast tempo gitu .. dorang nyanyi ada terkucil skit... Tapi, cuba dengar & tengok performance dorang yg live.. Kebanyakkannya perfect. Sampaikan kita ingat dorang lipsync ! Kadang-kadang je yang dorang terkucil tu .. Kena faham, dorang bukan macam kat Malaysia.. Jadual dorang penuh.. Sehari kita ada 24 jam... Tapi hidup dorng mcm satu hari 48 jam !

Mamat 3 orang ni antara vokalis yang suara dorang sama je macam dalam studio recording even nyanyi live
(Dari kiri : Baekhyun, Chen & D.O dari group EXO)

  • Artis Kpop ni muka harap pembedahan plastik ! 

    Kadang-kadang tertanya jugak, memang orang kita ni fikir kami peminat Kpop ni suka tengok muka semata-mata ke cane ? Tipu kalau cakap tak tertarik dengan rupa paras mereka, tapi bakat & muzik dorang yang kami lebih support sebenarnya. Lagipun, bukan semua lah yang buat pembedahan plastik. Korang ni main tuduh je.. Buat fitnah merata.. Dosa tau ! Ada ramai je yang handsome / cantik semula jadi.. Lagi satu.. kat Korea tu bukan terkenal dengan pusat pembedahan plastik je okay ~ Dorang yang terkenal dengan alat solek serta barangan penjagaan kulit.. Haaa... apa nak heran kalau muka dorang flawless ?? Apa nak heran kalau dengan "kuasa mekap" dorang boleh buat muka nampak cantik gilos ! right ?
  • Kpop ni bawak banyak pengaruh negatif !

    Mereka ni memang suka menuduh la ~ Aishh.. Negatif tang mana  Cuba habaq mai.. Kpop ni sejenis genre muzik.. Macam lagu2 pop dari negara Barat lah jugak.. Sebenarnya bergantung pada diri sendiri jugak.. Kalau dengar lagu Melayu pun, sekarang banyak lirik kisah cinta je 24 jam.. Sanggup mati sebab cinta ditolak la.. itu la.. ini la.. Jadi.. kenapa salahkan Kpop semata-mata ? Alahai.. masing masing ada akal boleh fikir..
Jadi, tiga komen di atas memang paling femes akak dengar.. Korang pulak macam mana ? Ada soalan yang lebih menyakitkan hati tak ? kihkihkihkih... Tapi akak nak bagitau awal-awal ya.. Akak tulis macam ni bukan atas dasar akak ni peminat Kpop.. ekh hello ! Akak ni anti-Kpop kowt suatu ketika dulu.. hahaha.. series ! Tapi, sebab akak jenis curious & always mengkaji.. Jadi akak dapatlah jawapan tersendiri  dan ternyata takde sebab pun kenapa nak kena benci Kpop bermati-matian. eheh.. 

Jika anda pencinta muzik.. Hargailah muzik. Kalau bukan pencinta muzik.. Hormatilah minat orang lain. Itu paling penting. Korang nak minat lagu Hindustan.. Lagu Rock Kapak.. Lagu Blues.. Lagu Jiwang Karat.. Lagu Dangdut.. takde siapa yang pertikai.. Jadi, tak adillah kalau kita pertikaikan minat orang yang minat Kpop ni. Kan ?

Okaylah.. Kak Leen nak sambung buat kerja packing barangbarang yang customer order.. Isnin ni nak post. Kalau korang nak tengok barang apa yang akak jual .. Bolehlah follow IG @sspopshop



So.. jumpa in the next entry ! Bye !



Popular Posts