UNTUNG KE JADI PENIAGA ONLINE ?

Annyeong !

Ok semua.. Kalau entry yang sebelum ni Kak Leen banyak sembang pasal K-pop, kali ni akak nak sembang pasal real life pulak lah. Ramai yang tanya Kak Leen ni umur berapa? Study kat U ke ? Kerja apa ? Bla..bla..bla..bla..

Akak dah 24 tahun dah sekarang .. And yes, dalam keadaan ekonomi negara yang tak berapa nak bagus ni.. Masing masing sibuk mencari kerja untuk menyara kehidupan. Sama lah macam akak jugak. Minat K-pop & K-Drama tu minat gila tapi dalam masa yang sama real life akak tak pernah lupa.. hahaha.. Yelah, mak abah dah hantar belajar tinggi-tinggi takkan lah takde hasil langsung yg membanggakan dorang kan ?

Ya, dulu akak ada kerja biasa-biasa.. Jadi cashier kat supermarket, jadi salesgirl..jadi supervisor kat Mr. DIY.. maklumlah, sekarang ni lepasan Universiti pun belum tentu dapat kerja ofis dik ooiii.. eheh.
Kat Mr. DIY tu lah kerja terakhir akak. Lepas tu ? Lepas tu akak full time buat online business.

Actually, akak memang ada satu masalah besar. Akak jenis yang tak suka ikut arahan orang. LOL. Sebab tu lah akak tak berminat nak kerja makan gaji. Mak abah mula-mula bising jugaklah masa akak ambil keputusan untuk stop kerja & full time buat bisnes online ni. Bukan apa, dorang risau akak takde pendapatan tetap.



Tau tak kenapa akak nekad berhenti kerja and buat online bisnes ni ? Sebabnya, gaji akak dulu sekitar RM 1200 . Itupun kalau buat OT dapatlah lebih skit RM 1400. Kerja ikut shift.. 12 jam lah kerja kalau include OT. Pastu kena ikut cakap orang atasan. Nak buat itu tak boleh, nak buat ini tak boleh.
Cuti ? Haa.. yang ni lagi tak best.. Biasalah kalau kerja supermarket gitu mana adanya nak cuti Sabtu Ahad, Ciss.. leceh ! Tak dapat follow family jalan-jalan on weekend. Balik kerja hari-hari penat. Tapi tak jugak kaya. Ada juga rasa macam nak bakor je sijil Diploma in Marketing tu sebab x berguna langsung. Zaman sekrang nak Apply kerja as kerani pun nak pengalaman.. Padahal masa tu kita fresh graduate.. Bg lah chance utk timba ilmu.. Kalau tak, sampai ke sudah takde pengalaman nye pun adui der ~ #Sadis

Bila akak tumpu kat online business ni, masa lebih bebas. Nak buat apa pun mudah. Tak payah dengar arahan orang. Cuma kena layan kerenah customer jelah kan.. kekekeke.. Nak p jalan mana-mana pun senang, tak perlu nak apply cuti bagai. Gaji ? Ni best... dengan senang lenangnya akak dapat RM 1200. Ya, sama macam akak kerja makan gaji kan ? Itu time akak buat bisnes rilek-rilek.. Tapi kalau akak push sales , ada juga dapat income about RM 3K sebulan. Can you imagine that ??? Itu barulah berbaloi kan ?

Sejak dari tu, mak and abah dah yakin dengan bisnes akak and dorang dah x risau. Even sekarang ni, almost everything akak beli sendiri. Alhamdulillah. Sekarang nak fokus untuk save duit untuk beli rumah sendiri. Akak tak harapkan rumah yang besar. Yelah, sales bukan juta-juta lagi,.. hahaha.. Tapi cukuplah sekadar yg sederhana. Yang peting rumah sendiri, bukan sewa.

InsyaAllah, next entry.. kalau akak rajin.. akak share cerita tentang bisnes apa yang akak buat..


XOXO !

Popular Posts